TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih dan
sekalung penghargaan terutama sekali kepada ENCIK Mohamad bin Taha selaku pensyarah saya dalam kursus ZZZT2135 HAK ASASI KEMANUSIAAN
yang telah banyak memberi tunjuk ajar, maklumat pengetahuan sedikit sebanyak yang telah meluaskan pemikiran saya ,dan dalam pada itu
memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan individu ini.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu saya ketika saya menghadapi masalah untuk membuat blog ini.
Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik dan sempurna.
Jika ada kesalahan dan kesilapan secara sengaja ataupun tidak, harap dimaafkan
segala-galanya.
Hidup ini tidak lengkap jika kita tidak merasa pahit, masam, manis dan masin kehidupan kita.
Berdasarkan
Lagu Damai Yang Hilang ,komen yang dapat diutarakan berdasarkan hak asasi
manusia adalah:
1.Hak
kedamaian – Manusia mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman damai dan tenteram seperti lirik lagu pada rangkap kedua yang
menjelaskan bahawa kedamaian yang diinginkan telah hilang dan kemusnahan sedang bermaharaja
lela. Ini menunjukkan hak kedamaian seseorang manusia telah hilng akibat
pihak-pihak yang mementingkan diri dan tidak mementingkan keamanan
2.Hak
kanak-kanak- Seorang anak kecil yang dilahirkan perlulah mempunyai hak untuk
hidup dan membesar dalam keadaan yang sempurna bukannya membesar dalam keadaan
yang sensara. Mereka memerlukan keperluan dan kelengkapan yang sempurana supaya
dapat menjadi insan yang berguna pada masa akan datang seperti lirik lagu
rangkap ketiga yang menjelaskan seorang anak kecil yang memohon supaya ibunya
mendengar kemahuaan yang mereka inginkan iaitu untuk hidup dalam keaadan yang
aman dan baik.
3.Hak
kemanusiaan -Manusia mempunyai hak untuk berkasih sayang ,tolong menolong , nasihat-mensihati
antara satu sama lain. Manusia berhak untuk memupuk kasih sayang antara manusia
seperti rangkap terakhir yang terdapat dalam lirik lagu tersebut menjelaskan
bahawa manusia telah musnah sifat kasih sayang
anatara satu sama lain akibatkurang didikan akhlak dan keimanan yang kurang
sempurna yang menyebankan berlakunya keganasa diantara sesama manusia.
Keluarga yang ideal merupakan keluarga lengkap yang terdiri dari suami, isteri dan anak-anak, namun Islam tidak melihat keluarga ibu tunggal sebagai keluarga yang tidak normal. Tiada ayat al-Quran mahupun hadis yang menyatakan demikian. Sebaliknya, bentuk keluarga ini, khususnya yang berpunca dari kematian pasangan, mendapat perhatian yang istimewa dari Allah.
Isu-isu Ibu tunggal yang timbul.
Mengikut Laporan Banci tahun 2000, terdapat seramai 620,389 ibu tunggal berbilang bangsa di negara ini. Kira-kira 529,701 (85.4 peratus) daripada mereka telah kematian suami manakala 90,688 (14.6 peratus) lagi telah bercerai.Para ibu tunggal berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dari segi ekonomi, rata-rata ibu tunggal menjadi lebih miskin berbanding ketika bersuami. Keadaan ini lebih buruk lagi bagi wanita yang sebelum ini merupakan suri rumah tangga sepenuh masa
Betapa tidak, dari segi ekonomi terdapat pelbagai perintah yang ditetapkan demi menjaga kebajikan para balu dan anak yang ditinggalkan merangkumi perwarisan harta, larangan memakan harta anak yatim, kepentingan bersedekah kepada anak yatim, keperluan melayan anak yatim dengan baik dan seumpamanya.
Dalam kes perceraian, Allah telah menetapkan bahawa bekas suami perlu memberi mutaah dan nafkah iddah kepada bekas isteri manakala nafkah anak-anak wajib dibayar oleh si bapa sehingga anak-anak itu boleh berdikari. Bagi wanita itu pula, setelah habis iddah, tanggungjawab nafkahnya akan kembali kepada warisnya.
Begitulah cantiknya peraturan dan perancangan Allah. Malangnya, realiti kehidupan banyak keluarga ibu tunggal adalah tidak secantik yang telah disyariatkan.
Bagi para janda pula, dari segi ekonomi, ada suami yang sengaja mengingkari perintah membayar nafkah iddah. Malah, ada suami yang terus menghalau isteri keluar dari rumah dalam masa iddah sedangkan isteri masih ada hak.
Begitu juga dengan nafkah anak. Bagi yang membayar pula, ada yang membayar dengan jumlah yang tidak munasabah dan ada juga yang tidak membayar secara tetap.
Ini menjadikan kedudukan kewangan bagi keluarga ini tidak stabil.
Walaupun Islam melarang kita melabel sesama manusia, stigma tetap melanda keluarga ini. Wanita yang diceraikan sering dilabel sebagai tidak pandai jaga suami tanpa memikirkan kemungkinan si suami yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
Janda tidak dilihat sebagai calon isteri yang baik tetapi duda sering kali dilihat dengan pandangan sebaliknya. Stigma-stigma seperti ini menyukarkan para ibu tunggal untuk meneruskan hidup.
Beban peranan akibat diceraikan sering kali ditanggung sendiri oleh ibu tunggal melainkan mereka kembali ke pangkuan keluarga asal. Namun, nilai-nilai keluarga Islam yang semakin terhakis kadangkala tidak memberikan pilihan ini kepada para ibu tunggal.
Mengapa wujud jurang yang amat ketara antara ideal yang ditetapkan oleh Allah dan realiti umat Islam? Dalam hal ibu tunggal ini sahaja, ternyata banyak perintah Allah dalam al-Quran yang merupakan panduan untuk kita menangani persoalan ini, telah gagal dipatuhi. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai ibu tunggal yang hidup dalam kesusahan.
Jika kita mahu menangani masalah ini dengan baik, kita perlu kembali kepada ajaran Islam. Setiap orang yang bertanggungjawab terhadap ibu tunggal dan anak-anaknya - perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Jika kita mengenali seorang ibu tunggal, tanyakan pada diri apakah hubungan kita dengannya. Semakin dekat dan rapat hubungan tersebut, semakin besarlah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Untuk mengetahui apakah tanggungjawab tersebut, rujuklah kepada al-Quran dan sunnah atau bertanya kepada orang yang lebih arif. Ini untuk mengelakkan dari ditanya di akhirat kelak tentang mengapa kita mensia-siakan orang di bawah tanggungjawab kita.
segala puji dan puja bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
Dengan lafaz Bismillah, saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu. Saya ,RUSNA BINTI MOHAMAD ZAINAL (A139941) dari Fakulti Ekonomi dan pengurusan ,tahun 2. Saya mulakan blog yang diberikan nama HARAKAH HAKAM. Inilah ruang dimana lontaran pendapat saya akan disuarakan melalui "medium baru" internet, dengan pandangan yang pelbagai dan perspektif dari berbagai sudut yang berkaitan dengan Hak Asasi Kemanusiaan.
Insyallah,blog HARAKAH HAKAM ini akan memberi sejuta pengajaran buat insan yang bergelar muslim & muslimah diluar sana (juga diri sendiri) demi hasrat untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini terlaksana. Amin...